sek_keb_port_16450.gif

HOME
INFO TERKINI
SEJARAH SKPD
VISI & MISI
BENDERA & LOGO
LAGU SKPD
ORGANISASI SKPD
GURU SKPD
KAKITANGAN SKPD
GALERI

HARI TERBUKA WARGA SKPD
 
TARIKH  :  9 OKTOBER 2010
HARI       :  SABTU
MASA    :   9.00 PAGI - 3.00 PETANG
 
 

        KONSEP DAN TUJUAN HARI TERBUKA WARGA SKPD

 

Mesyuarat AJK PIBG pada 14 Ogos 2010 telah memutuskan untuk mengadakan Hari Terbuka SKPD  pada 9 Oktober 2010.  Hari Terbuka Warga SKPD yang diadakan adalah satu Program yang dianjurkan oleh PIBG  Sk Port Dickson  dengan kerjasama pihak pentadbiran  sekolah serta komuniti setempat .  Konsep Hari Terbuka Warga SKPD yang bakal dijalankan ini adalah membeli sambil menderma. Murid-murid, guru-guru dan ibubapa akan membeli kupon dan berbelanja di gerai-gerai menggunakan kupon yang telah dibeli.  Program diadakan bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara ibubapa, guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta komuniti setempat .  Ia juga bertujuan  memberi  peluang kepada murid merasai  suasana yang meriah dan menanamkan sifat bertanggungjawab dan cintakan sekolah.

 

Semua dana hasil jualan kupon akan dimasukkan dalam akaun PIBG. Program ini merupakan satu program  Pasca UPSR murid-murid  Tahun 6 yang telah menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September yang lalu.

 

Pelaksanaan Hari Terbuka Warga SKPD ini, diharap akan mewujudkan  satu jalinan yang membina dalam bidang pendidikan dan seterusnya meningkatkan motivasi guru dalam melahirkan murid yang berketrampilan dengan sokongan PIBG dalam meningkatkan pencapaian akademik dana ko-kurikulum serta menjadikan Sekolah Kebangsaan Port Dickson  sebagai sekolah yang terus unggul bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri, bahkan juga di peringkat  nasional.