Pada tahun 1960 sebuah bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dibina dan 2 tahun kemudian sebuah
bangunan lagi yang mengandungi 4 buah bilik darjah juga telah disiapkan. Pada tahun tersebut Sekolah Menengah Inggeris Port
Dickson telah dipisahkan dan dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di Batu 12, Jalan Pantai, Port Dickson.
Pertambahan pelajar yang semakin meningkat iaitu seramai 2536 orang menyebabkan seramai 1008 orang murid dipindahkan
ke Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang yang terletak di Batu 4 dan kini sekolah tersebut dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan
Panglima Adnan.
Pasukan pancaragam di sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama PIBG. Selain itu, sebuah surau
juga telah dibina dan pada tahun tersebut juga Keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima telah diumumkan di sekolah ini
dan sekolah ini telah mencipta sejarah apabila seramai 14 orang telah mendapat 5A pada tahun 1968.
Pelancaran sembutan Jubli Intan telah dilancarkan pada tahun 1978 sempena ulangtahun sekolah yang ke-60 setelah
mencapai kecemerlangan di dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada 1978. Pada 1982, sekolah ini mencipta rekod sekali
lagi apabila berjaya mendapat tempat ketiga Negeri Sembilan dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima.
Pada tahun 2007, sebuah kelas Pra Sekolah telah dibina dan menempatkan seramai 25 orang murid di kelas tersebut. Memandangkan
bilangan pelajar semakin ramai dan juga keadaan bangunan sedia ada semakin uzur, maka pada tahun 2008 perancangan sebuah blok
bangunan yang baru telah dibusulkan. Blok bangunan ini telah siap pembinaan dan telah diserah serta digunakan pada tahun 2010.
Diharap kecemerlangan sekolah ini akan berterusan dan menjadi sekolah yang terbaik di peringkat negeri dan negara.
Semoga kejayaan akan dicipta dan seiring dengan harapan negara yang mahu melahirkan pelajar berketrampilan dan cemerlang dalam
semua bidang.