KONSEP DAN
TUJUAN HARI TERBUKA WARGA SKPD
Mesyuarat AJK PIBG
pada 14 Ogos 2010 telah memutuskan untuk mengadakan Hari Terbuka SKPD pada 9
Oktober 2010. Hari Terbuka Warga SKPD yang diadakan adalah satu Program yang
dianjurkan oleh PIBG Sk Port Dickson dengan
kerjasama pihak pentadbiran sekolah serta komuniti setempat . Konsep Hari Terbuka Warga SKPD yang bakal dijalankan ini adalah membeli sambil menderma. Murid-murid, guru-guru
dan ibubapa akan membeli kupon dan berbelanja di gerai-gerai menggunakan kupon yang telah dibeli. Program diadakan bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara ibubapa, guru, kakitangan sekolah,
murid-murid serta komuniti setempat . Ia juga bertujuan memberi peluang kepada murid merasai suasana yang meriah dan menanamkan sifat bertanggungjawab dan cintakan sekolah.
Semua dana hasil jualan
kupon akan dimasukkan dalam akaun PIBG. Program ini merupakan satu program Pasca
UPSR murid-murid Tahun 6 yang telah menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September
yang lalu.
Pelaksanaan Hari Terbuka
Warga SKPD ini, diharap akan mewujudkan satu jalinan yang membina dalam bidang
pendidikan dan seterusnya meningkatkan motivasi guru dalam melahirkan murid yang berketrampilan dengan sokongan PIBG dalam
meningkatkan pencapaian akademik dana ko-kurikulum serta menjadikan Sekolah Kebangsaan Port Dickson sebagai sekolah yang terus unggul bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri, bahkan juga di peringkat nasional.